Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13)

SEJARAH RANCANGAN MALAYSIA

Rancangan Malaysia Terdahulu

Perancangan pembangunan di Malaysia bermula pada tahun 1950 dengan penerbitan Draf Pelan Pembangunan Malaya. Setakat ini, sejumlah 27 dokumen perancangan pembangunan telah disediakan, tiga daripadanya merupakan rangka rancangan jangka panjang dan 26 ialah rancangan pembangunan lima tahun. Ini termasuk Draf Pelan Pembangunan Malaya yang merangkumi tempoh enam tahun* dan kajian separuh penggal bagi rancangan pembangunan lima tahun berkenaan.