Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13)

MENGENAI RANCANGAN MALAYSIA KETIGA BELAS

Selangkah Mencapai Matlamat Jangka Panjang

Pendapatan Tinggi dan Saksama

Negara Maju dan Inovatif
Penyertaan yang tinggi dalam industri bernilai tinggi dan budaya maju serta penggunaan teknologi termaju yang lebih meluas

Pembangunan Inklusif dan Mampan
Bakat berdaya saing dengan gaji progresif dan taraf hidup yang lebih baik

Alam Sekitar Lestari

Jejak Karbon yang Rendah
Penggunaan sumber alam yang mampan dan bertanggungjawab

Bumi yang Lebih Sihat
Pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem semula jadi sebagai amanah daripada generasi pewaris

Hidup Berkualiti dan Mampan

Kehidupan Produktif dan Bermaruah
Rakyat sihat dan bahagia yang saling menghormati

Masyarakat Saksama dan Negara Selamat
Prinsip sejagat yang berasaskan Rukun Negara dan nilai insaniah

Penekanan RMK13

Membangunkan Malaysia secara strategik melalui penumpuan berikut:

Ekonomi

Pembangunan subsektor ekonomi yang mempunyai nilai yang tinggi dan berdaya maju dengan penyertaan bakat dan penglibatan industri tempatan secara optimum.

Sosial

Pengukuhan kesejahteraan, perpaduan dan taraf hidup rakyat secara inklusif yang merangkumi kesihatan, perumahan, keselamatan dan ketenteraman awam, gaya hidup aktif dan sihat serta menangani kemiskinan dan mengurangkan ketidaksamarataan di samping meningkatkan kualiti pendidikan dan kemahiran termasuk pembangunan bakat.

Alam Sekitar

Pembangunan sosioekonomi yang mampan, yang mampu merangsang pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan daya tahan negara terhadap perubahan iklim dan pengurusan bencana di samping memastikan kemampanan sumber asli dan alam sekitar.

Tatakelola

Pentadbiran dan pengurusan Kerajaan yang cekap, telus dan adil dalam penyampaian perkhidmatan awam merangkumi aspek kestabilan pentadbiran, reformasi fiskal dan transformasi pendigitalan bertunjangkan konsep tadbir urus yang baik ke arah negara bebas rasuah, berintegriti dan mampan.