Persidangan Permulaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) merupakan satu platform yang menghimpunkan pakar-pakar dan pihak berkepentingan untuk berkongsi pandangan, isu, cabaran dan merangsang idea-idea yang dapat mengemudi arah dan hala tuju pembangunan dalam tempoh RMK13. Platform ini juga memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman para penceramah tempatan dan antarabangsa dalam menyumbang kepada penggubalan rancangan pembangunan sosioekonomi negara untuk tempoh lima (5) tahun yang akan datang.