19 November 2024 - Sesi Libat Urus (SLU) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bersama Kerajaan Negeri Sembilan telah diadakan di Dewan Ballroom, Lexis Hibiscus, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 19 November 2024.
Majlis ini dihadiri oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, bersama YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar, Negeri Sembilan.
SLU RMK13 merupakan langkah penting kerajaan dalam menyampaikan maklumat serta mengenal pasti isu dan cabaran berkaitan pembangunan sosioekonomi. Selain itu, ia bertujuan mengumpul pandangan dan cadangan untuk memperkukuh keperluan pembangunan di setiap negeri.
Selepas sesi bersama Kerajaan Negeri, program diteruskan dengan sesi MADANI MENDENGAR, yang memberikan ruang kepada rakyat Negeri Sembilan untuk berdialog secara langsung dengan YB Rafizi Ramli serta berkongsi pendapat dan cadangan mereka.