Acara ini menampilkan barisan pemimpin utama, terdiri daripada YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, YAB Dato' Seri Haji Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, dan YBhg Dato' Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi yang berkongsi pandangan serta mendengar maklum balas dari peserta yang terdiri daripada pentadbir negeri, pakar industri, NGO, CSO, serta golongan mahasiswa, belia, wakil Majlis Pekerja, suri rumah dan ibu tunggal.
Majlis ini telah memberikan peluang kepada para peserta untuk menyuarakan pandangan dan cadangan mereka berkaitan isu-isu ekonomi dan sosial yang dihadapi, dalam suasana yang penuh keterbukaan.
Sesi Town Hall ini diakhiri dengan perbincangan yang produktif, di mana idea-idea bernas dan solusi inovatif telah dibincangkan demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan padu, menjadikan majlis ini satu platform yang berjaya untuk mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin dan masyarakat.
Bersama-sama kita terus komited untuk mencapai aspirasi Malaysia Madani.