5 September 2024, Putrajaya - Persidangan Permulaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang berlangsung pada 5 dan 6 September 2024 telah menjadi titik pertemuan utama bagi pembuat dasar, akademia, pemain industri dan masyarakat sivil untuk bersama-sama merencana masa depan Malaysia. Dengan kehadiran lebih 600 peserta, persidangan ini bukan sekadar sesi perbincangan, tetapi medan untuk mencetus idea-idea dan strategi yang kreatif bagi memastikan pembangunan negara yang lebih inklusif, mampan dan berpaksikan kesejahteraan rakyat. Persidangan ini merupakan antara usaha kolektif Kementerian Ekonomi untuk membawa negara ke tahap yang lebih tinggi dan memastikan kemakmuran yang dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.